Falling in love is awfully simple, but falling out of love is simply awful

Tuesday, 2 April 2013

Olahraga Telah Bermula

Good Morning semua..

Baru harini dapat update blog. Weekend busy holiday plus tak ada saluran internet so terpaksa lah lupakan pasal blog untuk seketika. Now Im come back !

Kenapa nak update pasal olahraga tiba-tiba ni ? Tadi pagi fatin hantar adik fatin pergi sekolah and dia siap bawak beg baju segala. Ingat kan nak lari rumah rupanya dia ada Olahraga MSSD dekat Bandar Penawar. Wakil untuk acara apa tak tahu pulak tapi rasanya acara jalan kaki. Sebab haritu macam kecoh dekat rumah dia masuk jalan kaki disebabkan arwah abang dia dulu atlet jalan kaki yang popular dekat Kota Tinggi. Itu dulu lah. Adik dia ni tak tahu lah power ke tak power. Doakan yang terbaik jela. 

Dulu arwah adik fatin aktif sangat bersukann sampaikan satu tahap parent fatin nak pindahkan dia sekolah. Pagi sampai ke petang dekat padang je. Bila time dia belajar tak tahu lah. Fatin ingat lagi masa tahun 2009 zaman kegemilangan dia. Masa tu dia form 4. Biasa lah awal tahun semua sekolah sibuk dengan olahraga dan sukan sukan yang lain. Arwah adik fatin masuk acara jalan kaki sampai peringkat MSSJ dan hampir hampir masuk MSSM. Masa training semua okay tapi bila hari kejohanan kaki dia fault sampai kene penalty disqualified terus. Al maklum lah berapa hari before tu dia wakil sekolah masuk bola sepak. Balik dari bola sepak terus pergi olahraga. Confirm confirm kaki rasa nak menendang je. Frust memang frust coach pun frust sebab masa training dia punya catatan masa memang dah layak untuk MSSM and pecah rekod Johor. Tapi tu lah orang kata bukan rezeki.

Habis je olahraga arwah adik fatin dapat tawaran masuk Teknik Perdagangan. Mama lah orang paling happy sebab dia memang nak sangat arwah pindah. Tapi cikgu cikgu sekolah fatin ramai yang tak kasi dia pindah pujuk merayu segala. Tapi arwah adik fatin still kene pindah. Bila dia masuk teknik, sukan dia  jadi slow sikit sebab dekat teknik tak ada acara yang dia selalu masuk. So keaktifan dia berhenti setakat tu je. Dekat teknik dia just aktif dalam football je.

Al-fatihah

Dia lah yang fatin maksudkan . Handsome tak arwah adik fatin? Hihi.  We all miss you angah. Lari topik pulak. Sorry

Ok back to the tajuk atas. Sorry lari tajuk kejap tadi. So thats why lah adik fatin yang sekarang ni jadi atlet jalan kaki. Cikgu sekolah dia suruh masuk acara jalan kaki semata mata sebab arwah abang dia dulu atlet jalan kaki. Nak tak nak dia kene try jugak lah. Hope dia berjaya lah. Mana tahu boleh challenge arwah abang dia. Goodluck acik. All the best. We all pray for your successful. Amin

 Thanks for reading. Jasa baik korang meluangkan masa untuk baca blog fatin amat sangat dihargai. Salam :)