Lama rasanya fatin tak update due to sebab-sebab tertentu. Plus busy pun ye jugak. Sebelum baca entry baca tajuk dulu ye :)
Asif jiddan jiddan fatin tak menyempat nak jawab soalan yang dekat shoutbox tu. Blog harini pasal 'Hijrah'. Siapa yang hijrah ? Hijrah ni banyak jenis. Berhijrah ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Itu salah satunya lah. Tapi hijrah yang fatin nak share ni adalah pasal penghijrahan fatin.
Bismillahirahmanirrahim.
Allah syahdunya taip entry sambil dengar lagu Tanpamu by Inteam. Jemput lah dengar sekali. In shaa Allah sikit sikit bagi semangat untuk kita terus beristiqamah. Seriously first time dengar lagu ni sebak sangat hati. Sebab sedar diri ni banyak pikul dosa yang menggunung tinggi. Allahurabbi.
*lap airmata*
Hati manusia ni Allah yang jaga. Bila bila masa je boleh berubah sama ada berubah jadi baik untuk masuk syurga Allah ataupun sebaliknya. MashaAllah. Jauhkan lah yang negatif tu.
Bila nak start cerita ni kalau muqadimah pun panjang berjela. My bad. Maaf ye :)
Allah tu Maha Berkuasa. Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Fatin macam ni pun sebab Allah dah tentukan semua nya. Fatin bersyukur fatin diberi kesedaran pada usia 21 tahun. Cukup lah hidup selama 21 tahun bergelumang dengan dosa. Bukan maknanya sekarang fatin ni baik sangat tapi sekurang kurangnya sikit sikit kita kumpul lah pahala untuk cover balik dosa silam. Jangan salah faham.
Typical malay will said 'baru berubah sikit dah berlagak macam masuk syurga'. MashaAllah. Ada yang lagi dahsyat cakap kita ni macam bajet. Ada yang cakap fatin ni macam mak orang dengan pemakaian macam tu. Allahuakbar. Ada lagi macam macam kutukan fatin dapat. Well, mulut manusia kita tak boleh nak tutup. Pada fatin lantak aku lah. Fatin bukan guna duit dorang sesen pun. Itu dalam hati lah sambil tu istighfar lah sekali :)
Kita bila berubah jadi baik mesti ramai yang tak senang hati. Persoalan tu fatin memang tak tahu jawapannya. Tapi itu lah yang selalunya jadi. Betul tak ? Tapi apa boleh buat kene keringkan jela hati. Niat kerana Allah. In shaa Allah semua dipermudahkan.
Fatin start berubah sikit sikit bila pertengahan ramadhan. Tak ada pun dapat mimpi ke petanda ke. Seriously tak ada. Tapi tetiba je hati ni macam squeeze sendiri. 'Aku nak berubah'. So start dari masa tu fatin practice pakai baju labuh labuh sikit. Lepas tu masa bulan puasa tu jugak start belik tudung besar besar sikit untuk pakai raya. Hari hari seterusnya fatin terbiasa tapi masa tu tak pakai lagi stokin. Bila dah sebulan lebih gitu baru lah rasa macam weird je tak pakai stokin. Atas tutup bawah togel. Kaki tu pun aurat jugak. Dia pun nak ditutup jugak.
So, start lah fatin pakai stokin. Itu pun pinjam stokin mama sampai lah sekarang. Alhamdulillah. Fatin rasa lagi tenang hidup macam ni. Yela, bila kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan menjaga kita balik. Biar lah kita bersusah didunia senang diakhirat nanti. Dunia ni untuk kita penat akhirat nanti untuk kita berehat.
Biar kita rendah disisi manusia tapi hebat disisi Allah. Tapi fatin tak hebat pun cuma berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Lagi situ jadi muslimah ni rasa terpelihara sikit. Orang sekeliling kita pun orang orang yang selalu mengingatkan kita dengan Allah. Indahnya ! Betul tak tipu. Bila kita ingat dekat dengan Allah, kita takkan buat apa yang Allah tak suka. Kan terjaga tu.
Nak berubah ni hati kene kental fizikal dengan mental. Tipu kalau fatin cakap hijrah ni hari hari kita akan ketawa je. Menangis ketawa duka lara semua bergabung sekali. Tapi seronok. Cuma yang tak seronok kita tetap tak boleh elak dari syaitan. Syaitan tu akan sedaya upaya buat hati kita goyah. Lagi lagi kita berubah ni menangis tak berlagu lah syaitan. Menangis menangis dia tetap kacau hati kita tetap hasut kita. So, kene lah selalu ingat Allah.
Nak berubah ni yang paling penting sekali solat lima waktu kene jaga. Selalu berdoa dekat Allah supaya Allah kuatkan iman kita. Rajin buat solat sunat Dhuha. Solat sunat dhuha ni adalah solat untuk orang bertaubat jugak. Lagi satu rajin kan lah diri untuk bangun solat malam (tahajjud). In shaa Allah kita akan tenang. Tapi fatin pun ada je terskip solat malam ni. Maklum lah insan yang lemah selalu tewas.
Hijrah ni bukan semudah yang kita sangka. Sedangkan nabi berhijrah pun banyak dugaan ini kan kita. Dugaan ni tandanya Allah tu ingat dekat kita. Beruntunglah. Yang penting kita kene yakin selalu dengan Allah. Husnudzon.
Fatin rasa setakat ni jela entry untuk harini dan waktu zohor pun dah masuk. Tak elok melambatkan waktu solat. Itu pun penting jugak. Fatin selalu sangat lalai and suka take easy je benda macam ni. Allahurabbi. Semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua dan sama sama lah kita menjadi insan yang sentiasa istiqamah. Allahumaa ameen.
Salam sayang.