Falling in love is awfully simple, but falling out of love is simply awful

Tuesday, 9 August 2011

Kawan...

Alhamdulillah. sehingga ke hari ini sudah 8 hari kita menyempurnakan ibadah puasa kita. semua puasa tak ? still cool lagi tak ? ke ada yang dah ponteng2 ni? hehehe. Tadi lepas Fatin buat assignment Fatin online lah FB sekejap. saje nak tanye khabar FB Fatin hari ni sihat ke tak ? tiba-tiba Fatin tersentap dengan satu benda ni. so, terus lah ada idea nak update blog. Fatin terasa macam nak share pasal Kawan. Now days, kita kenal dengan bermacam² jenis kawan kan? ada yang okay, ada yang kadang² buat masalah. macam² karenah kawan kita jumpa. Then, Fatin pun search la google pasal kawan. And this is the result :



TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.

HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.

PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.

BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, melepak dan kemana sahaja bersama dengannya. Mengikut ke mana sahaja yang mereka mahu. 



Fatin tertarik dengan artikel ni. Fatin terjumpa ni dekat blogger lain. Tak salah kan kalau Fatin nak share pulak dengan korang. Korang pernah tak dapat kawan yang seperti ciri-ciri di atas. Fatin pernah menangis sebab kawan. Kadang-kadang Fatin try untuk jadi kawan yang baik. tapi ada saja orang yang tak boleh nak terima. maybe dorang rasa dorang ada kawan lebih baik lebih cool kan dari Fatin. suka hati kome lah. Kawan ni bukan untuk time kita happy je tau. KAWAN tu berguna untuk setiap masa. kawan yang normally nye bergelar BESTFRIEND ialah kawan yang sentiasa dengan kita walau susah senang suka sedih kita betul tak ? bukan berkawan untuk happy lepas tu sedih buat tak peduli je. kawan ke tu ?? and bukannya kawan untuk mengambil kesempatan atas kawan sendiri. Lagi satu, fungsi kawan bukan untuk betray kawan lain. 

So, berhati-hati lah memilih kawan. Jangan memilih kawan yang menghancurkan kita. Korang akan rasa hidup korang sempurna bila nanti korang jumpa kawan yang betul-betul sejati dengan korang. kenapa Fatin cakap macam ni ? sebab dorang mesti akan memahami kita, membantu kita, sentiasa ada dengan kita walau macam mane keadaan kita sekalipun, dan yang penting dorang tak akan betray kita. yelah. bukan sahaja korang ada happy Family tapi korang juga ada Best friend yang sejati. insyaAllah.....




0 comments: